Angkasa teroka 5 perniagaan baharu
PETALING JAYA – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bakal meneroka lima cabang perniagaan baharu bagi memperkukuh ekonomi koperasi sekali gus meningkatkan daya saing di pasaran domestik dan antarabangsa.
Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, sehubungan itu, pihaknya membuat permohonan kelulusan peruntukan sebanyak RM30 juta kepada Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasan (MAPA) hari ini.
“Antaranya ialah projek Pembangunan Koperasi dan Projek Keterjaminan Makanan kategori tanaman seperti beras, sayur dan buah serta kategori ternakan meliputi ayam, itik dan lembu, selain kategori perikanan iaitu ikan, sotong dan sebagainya.
“Ini melibatkan projek jangka pendek yang mana kemungkinan jika berlaku kekurangan bekalan makanan, ditambah isu cuaca tidak menentu, bahkan konflik perang yang menyebabkan bekalan tidak dapat diimport dari negara yang berkenaan,” katanya pada sidang akhbar pada MAPA Ke-38 di sini hari ini.
Beliau berkata, cadangan seterusnya projek Inkubator Lembu Pedaging Fasa 1: Pusat Kuarantin Lembu, penubuhan 10 pusat dialisis baharu yang dikemukakan oleh MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd., Projek Inkubator: Pusat Pemprosesan Coklat ‘Single Origin’ Bean to Bar serta cadangan untuk Kemudahan Kredit Pusingan.
Dalam perkembangan lain, Abdul Fattah berkata, Kongres Koperasi Kebangsaan yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 25 dan 26 Julai ini bertemakan Gerakan Koperasi Pemangkin Ekonomi Madani.
Katanya, bagi majlis penutup kongres tersebut, ia akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pukul 10 pagi. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source