[VIDEO] Tak sempat nak ‘show off’ jentera kuning terbabas masuk parit
PETALING JAYA – “Alamak bang, salah parkir. Itu parit. Kan dah menyusahkan orang lain,” itu reaksi netizen setelah menonton rakaman video papan pemuka (dashcam) yang tular di media sosial hari ini.
Rakaman tersebut memaparkan sebuah kereta berwarna kuning memecut laju selepas keluar dari simpang dan selang 20 saat kemudian, kenderaan yang dipandu seorang lelaki terbabas memasuki parit ketika melalui jalan kampung.
Menerusi rakaman yang dikongsikan pengguna Facebook, Shafie Ahmat hari ini, insiden itu berlaku sekitar pukul 8.44 pagi tadi di Kuala Lesong menuju ke Felda Teloi Timur, Kedah.
“Jalan kampung jangan dok ‘drift’ sangat bang. Padan muka,” seloroh Shafie pada kapsyen video tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai selain mengecam tindakan pemandu terbabit kerana situasi tersebut bukan sahaja membahayakan nyawanya, malah boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
“‘Drift’ tak bertempat, niat nak menunjuk kereta hebat, sekali sendiri kena masalah,” kata Badrul Hisham.
“Jalan itu lurus sahaja. Tak akan layan kona (selekoh) juga, jalan kampung itu, 10 tahun ulang-alik macam-macam ragam jumpa,” kata Dyla Ahmad.
“Nasib kemalangan sendiri, kalau libat orang lain, kan dah menyusahkan,” tegur Ahmad Ahlami. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source