“Kami Tak Ada Fasa ‘Declare’…Bila Serius Terus Bawa Beli Cincin”
Selamat bergelar suami kepada pelakon Bella Hanna petang tadi, aktor Redza Rosli mendedahkan dia melamar Bella untuk menjadi isteri sejak dua bulan lalu.
Memetik Harian Metro, Redza berkata dia dan Bella sudah saling mengenali sejak beberapa tahun lalu dan tidak ada declare sebagai pasangan kekasih sebaliknya ia berjalan secara semula jadi.
BACA: Redza Rosli Sah Bergelar Suami Bella Hanna
Menurutnya lagi, dia turut bertanyakan kepada Bella sama ada dia serius atau tidak dengan hubungan mereka dan terus membawa untuk membeli cincin.
“Kami sudah kenal lama sebagai kawan. Apabila hubungan itu serasi, kami cuba untuk terus bersama dan bawa ia ke fasa lebih serius. Kalau boleh memang tak nak berkawan lama-lama.
“Sepanjang perhubungan ini, kami tidak ada fasa seperti ‘declare’ sebagai pasangan kekasih. Ia berjalan secara semula jadi saja.
“Sampai satu tahap, saya terus bertanya pada Bella adakah dia serius. Selepas itu, saya terus bawa dia pergi beli cincin. Ketika itu kami saling meluahkan perasaan. Bagi saya, apa yang penting adalah sudah mengenali hati budi,” katanya.
Dalam pada itu, Redza berkata persiapan majlis perkahwinan mereka dibuat dalam tempoh yang singkat apatah lagi ketika itu dia juga turut terlibat dalam pengambaran drama.
“Segala persiapan majlis ini dibuat ketika saya menjalani penggambaran drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu. Ketika itu juga kami pergi kursus kahwin.
“Saya memang tidak berkongsi kepada sesiapa atau di media sosial. Malah, sepanjang perhubungan ini pun tak pernah muat naik gambar. Sebabnya, saya berasakan ia tak perlu. Lagi pula, ketika itu masih dalam fasa perhubungan yang belum ada sebarang ketetapan.
“Namun, apabila semuanya sudah pasti dan ditetapkan baharulah saya berbesar hati untuk berkongsi kepada semua. Dalam Islam pun kata, pernikahan tidak boleh dijalankan secara sembunyi dan sebaiknya perlu dihebahkan,” katanya.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source