”Kami Mohon Maaf Atas Kekhilafan Anakanda Kami” – Ibu Akan Terus Nasihat & Mendoakan Aliff Aziz
Sebelum ini, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza mendedahkan dia menerima banyak komen benci dan cacian menerusi direct message di Instagram, setiap hari.
Namun, semalam Siti Hafiza telah berkongsi tangkap layar mesej panjang diterimanya daripada seorang individu yang memberikan kata-kata positif.
Advertisement
Pernah ada rasa marah pada Aliff dan ibu
Berdasarkan mesej tersebut, individu itu memberikan semangat buatnya dan berkata ujian dihadapi Siti Hafiza sekeluarga ketika ini memberikan petanda bahawa Allah menyayangi mereka.
Bukan itu sahaja, individu terbabit juga turut mengakui pernah menyimpan perasaan marah terhadap tindakan Aliff dan Siti Hafiza sebelum ini.
Tetapi bila difikirkan balik, tidak adil untuk berperasaan begitu berdasarkan penilaian dalam media sosial. Dan tidak adil menunding jari pada salah orang, sedang diri sendiri juga banyak khilaf.
Mohon maaf atas kekhilafan Aliff
Menerusi hantaran itu, Siti Hafiza sempat meluahkan rasa syukur terhadap kata-kata positif diterimanya daripada individu berkenaan.
Dalam pada itu, dia turut mengambil kesempatan ini dan memohon maaf bagi pihaknya selain berkata keluarga akan sentiasa mendoakan Aliff.
Kami juga mohon maaf atas kekhilafan anakanda kami yang menyinggung perasaan. Insya-Allah kami akan terus nasihat dan mendoakan anakanda kami hingga kami menutup mata.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source