Fatin Afeefa Bangga Suami Usaha Bisnes, Dah Tak Main Forex
Pelakon Fatin Afeefa meluahkan rasa bangga dengan usaha suaminya, Aliff Awang yang berusaha mencari pendapatan selepas setahun meninggalkan dunia aktiviti pelaburan mata wang asing atau Forex.
Memetik mStar Online, Fatin berkata sepanjang tempoh tersebut suaminya tidak hanya duduk goyang kaki di rumah sebaliknya menjalankan beberapa perniagaan.
BACA: Fatin Afeefa Minta Nafkah Anak Naik 6 Kali Ganda
“Sebagai isteri, saya bangga dengan suami sebab dia ada usaha dan ini yang saya mahukan. Dia tahu ada tanggungjawab perlu pikul dan berusaha buat bisnes untuk cari pendapatan daripada hanya mengeluh tiada pekerjaan atau reda dengan situasi,” katanya.
Sementara itu, Fatin berkata suaminya bakal mengeluarkan jenama minyak wanginya sendiri tidak lama lagi dan sejak enam bulan lalu, Aliff sibuk melakukan kajian dan pembangunan (R&D) produk sebelum melancarkan di pasaran.
“Setiap hari dia dekat pejabat cuba menghasilkan minyak wangi baru daripada inspired perfume. Sampai sekarang masih dalam peringkat R&D sebab dia seorang yang mementingkan kesempurnaan. Jadi, selagi tak sempurna, dia tak akan menjualnya,”katanya.
Dalam pada itu, Fatin berkata lagi selain minyak wangi suaminya juga mempunyai beberapa perniagaan lain yang tidak didedahkan kepada umum.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source