Portugal cemas sebelum atasi Republik Czech
LEIPZIG – Juara 2016, Portugal berdepan detik cemas sebelum mengesahkan kemenangan 2-1 ke atas Republik Czech pada aksi Kumpulan F di Stadium Leipzig, sebentar tadi.
Bagaimanapun, skuad kendalian Roberto Martinez pasti dihimpit perasaan bercampur baur memandangkan gol pertama mereka hanya terhasil menerusi jaringan sendiri pertahanan lawan dan gagal tampil lebih baik untuk menyempurnakan deretan peluang tercipta.
Walaupun Portugal lebih banyak menguasai permainan, tempoh 30 minit pertama seakan mengecewakan apabila tiada serangan lebih berkualiti berjaya dicipta oleh kedua-dua pasukan.
Minit ke-32, lorongan yang dilakukan Bruno Fernandes berjaya mencari Cristiano Ronaldo sebaliknya penjaga gol Republik Czech, Jindrich Stanek bertindak cemerlang menepis percubaan penyerang Al-Nassr berkenaan.
Keghairahan Portugal memburu gol pertama bertukar sebaliknya apabila pemain tengah lawan, Lukas Provod melakukan percubaan menarik dari luar kotak penalti untuk meletakkan Republik Czech di depan pada minit ke-62.
Usaha berterusan Portugal akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-69, apabila tepisan dilakukan Stanek terkena rakan sepasukanya, Robin Hranac sebelum bola melantun ke gawang sendiri untuk ‘menghadiahkan’ gol penyamaan buat skuad The Selecao.
Minit ke-87, pemain gantian, Diogo Jota berjaya merobek gawang lawan Republik Czech buat sebaliknya jaringan itu dibatalkan selepas Ronaldo yang muncul sebagai pencetus gol berkenaan terlebih dulu dikesan berada di kedudukan offside.
Bagaimanapun kekecewaan itu segera dipadam oleh Francisco Conceicao yang bertindak pantas untuk menyambar bola muntah bagi menghasilkan gol kemenangan Portugal pada masa kecederaan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source