VAR ‘hadiahkan’ kekalahan buat Belgium
FRANKFURT – Campur tangan Video Bantuan Pengadil (VAR) menafikan hasrat Belgium untuk memperoleh sekurang-kurangnya satu mata apabila terpaksa akur tewas 0-1 kepada Slovakia pada aksi Kumpulan E Euro 2024, sebentar tadi.
Kedua-duanya membabitkan pembatalan jaringan dihasilkan oleh penyerang utama The Red Devils, Romelu Lukaku sekaligus memastikan kemenangan mutlak buat Slovakia yang memperoleh gol kemenangan daripada Ivan Schranz di awal permainan.
Terdahulu, Belgium memulakan perlawanan dengan agak positif apabila memperoleh peluang terbaik seawal minit ketiga sebaliknya tampanan jarak dekat Lukaku menuju tepat ke arah penjaga gol lawan, Martin Dubravka.
Selang empat minit selepas ini, Belgium terus dipalit kecewa untuk menyaksikan Schranz meledak jaringan pembukaan perlawanan untuk meletakkan Slovakia di depan.
Bagaimanapun, Belgium segera menunjukkan reaksi balas untuk lebih mendominasi perlawanan pada baki babak pertama sebaliknya Slovakia dilihat lebih baik dalam aspek serangan apabila empat daripada enam percubaan dilakukan adalah tepat ke arah gawang.
Selepas 10 minit babak kedua bersambung, Lukaku berjaya merobek gawang lawan sebaliknya pemeriksaan semula VAR menyaksikan pengadil perlawanan, Umut Meler membatalkan jaringan itu kerana kesalahan offside sekaligus mengekalkan kelebihan buat Slovakia
Minit ke-86, VAR sekali lagi mengecewakan Lukaku dan Belgium apabila jaringannya dibatalkan buat kali kedua kerana bola terlebih dulu dikesan terkena tangan Lois Openda. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source