Usaha perangi rasuah bermula daripada akar umbi
PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyarankan pihak berkuasa mengubah pendekatan membanteras rasuah dengan memberi fokus kepada punca gejala tersebut pada peringkat akar umbi.
Presidennya, Datuk Dr. Adnan Mat berkata, kesalahan pemberi adalah sama dengan yang menerima rasuah dan jika disabitkan seseorang itu akan berhadapan hukuman berat termasuk dipenjara dan didenda.
Katanya apa yang mengecewakan adalah apabila pemberi rasuah tidak didakwa malah dijadikan saksi untuk mendakwa mereka yang menerima rasuah.
“Ketika ini kita banyak didedahkan dengan tangkapan individu yang menerima rasuah sahaja hingga ramai yang mempersoalkan kemana hilangnya pemberi rasuah tersebut.
“Jenayah rasuah tidak akan dapat dibanteras sepenuhnya jika agensi penguatkuasaan tidak menumpaskan sumber atau akar umbi kepada punca gejala terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Selain itu Adnan berkata, pihaknya tidak senada dengan pandangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyentuh usaha membanteras rasuah tidak boleh dilakukan dengan menaikkan gaji penjawat awam semata-mata.
Beliau berkata, pandangan tersebut seolah-olah memberi gambaran bahawa faktor utama kerajaan menaikkan gaji penjawat awam adalah untuk memerangi gejala rasuah dalam perkhidmatan awam.
“Gaji yang rendah mungkin adalah salah satu punca kepada berlakunya gejala rasuah namun ia bukanlah penyebab utama.
“Faktor dalaman yang menyebabkan seseorang melakukan rasuah adalah kerana wujudnya peluang, kelemahan peribadi dan tidak berintegriti,” jelasnya.
Katanya, buktinya dapat dilihat melalui laporan media setiap hari penjenayah rasuah terdiri daripada pelbagai kumpulan masyarakat dan rata-ratanya mempunyai jawatan dan kedudukan tertentu.
“Cuepacs mengakui SPRM sudah berusaha dengan sebaiknya dalam menguatkuasakan undang-undang dan Cuepacs bersama penjawat awam sedia bersama-sama dengan SPRM dalam memastikan usaha tersebut terus dipergiatkan.
“Cuepacs sekali lagi menegaskan bahawa tindakan segelintir penjawat awam yang terlibat dalam gejala rasuah tidak mencerminkan keseluruhan integriti dan akauntabiliti penjawat awam negara,” katanya.
Tambahnya, penglibatan dalam rasuah dan salah laku itu adalah tindakan sebilangan kecil penjawat awam dan tidak mewakili 1.7 juta warga penjawat awam. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source