Teringin Pergi ‘Hidden Gem’ Di Pahang? Korang Kena Cuba Pakej Murah ‘Camping Trip’ Ke Air Terjun Jeram Pelangi!
Hanya tiga jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Maran, Pahang, orang ramai dapat nikmati keindahan air terjun Jeram Pelangi berdekatan Kampung Kuala Sentul dan pastinya berbaloi.
Keindahan hutan yang terjaga
Jeram Pelangi ni adalah sebuah air terjun yang mengalir turun dari bukit setinggi 600 meter dari aras laut. Ada juga kem yang terletak pada ketinggian kira-kira 300 meter untuk kemudahan pengunjung. Menariknya, kawasan tempat ni merangkumi 30,000 hektar hutan yang masih belum disentuh oleh pembangunan, menawarkan pemandangan keindahan semula jadi hutan yang bersih menjadikan ia destinasi yang menarik untuk penggemar alam semula jadi.
Advertisement
Pemandu hutan berlesen Suhairy Ismail juga memberi jaminan bahawa pendakian selama tiga jam itu adalah mudah.
Tak perlu memanjat bukit curam. Ia adalah laluan yang mudah dan lebih kepada berjalan santai.
Perjalanan ke Jeram Pelangi
Suhairy dan pasukannya juga ada menawarkan camping trip 2H1M ke Jeram Pelangi. Bayaran hanya sebanyak RM250 seorang termasuk perjalanan bas dari Kuala Lumpur, permit, bayaran untuk pemandu tempatan, perjalanan dengan kenderaan pacuan empat roda, khemah terbuka, makanan, kit pertolongan cemas, serta insurans kemalangan diri.
Peserta boleh bawa khemah sendiri. Ada juga yang suka membawa dapur khemah sendiri dan makanan ringan seperti minuman dan mi segera.
Ingat ini adalah dakian berkhemah di dalam hutan, jadi rancang peralatan dengan baik untuk mengelakkan bawa beg galas yang terlalu berat.
Seterusnya ialah Jeram Pelangi itu sendiri, yang setinggi 50m. Kabus dari air yang jatuh menghasilkan pelangi yang cantik dan terang.
Menurutnya, air terjun ini merupakan “rahsia” yang disimpan oleh penduduk kampung di lembah tersebut selama beberapa generasi.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source