Riena Diana Tak Nak Sorok Hubungan Dengan Keith Foo
Umum mengetahui, pelakon Riena Diana dan Keith Foo berkongsikan mereka kini menjalin hubungan istimewa sejak terbabit penggambaran drama bersiri Salju Rindu.
Riena turut memohon orang ramai untuk mendoakan agar hubungan cinta yang baru berputik itu kekal selamanya.
BACA: Riena Diana Ada Ciri Wanita Idaman Keith Foo
Memetik mStar Online, Riena berkata dia tidak berkecil hati apabila ada segelintir netizen meninggalkan komen negatif mengenai hubungannya dengan aktor itu. Menurut Riena dia tidak mahu memikirkan mengenai perkara itu apatah lagi hubungan mereka masih baru.
“Riena rasa mana-mana yang komen serta mendoakan tidak baik tak apa sebab kita tak dapat nak puaskan hati semua orang lagi pun kami masih baru.
“Kami pun tak boleh nak ulas lebih, lebih baik kami fokus kepada karier masing-masing. Kami nak lalui proses ini bersama sebabnya kami bermula sebagai kawan biasa dulu,” katanya.
Dalam pada itu, Riena berkata dia tiada masalah dengan status duda Keith kerana baginya yang penting bukan lelaki berstatus suami orang.
“Asalkan bukan suami orang, bukan orang punya, dia single. Anak tu bukan problem, I love kids so much, I would love to know Skyler, anak dia. Baru jumpa sekali,” katanya.
Tambah Riena lagi, pada awalnya dia tidak mahu umumkan mengenai hubungan mereka namun tidak mahu sorokkan hubungan tersebut kepada umum.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source