“Saya Harap Dapat Jumpa Lelaki Yang Hargai Saya”
Umum mengetahui, hubungan cinta pelakon Amelia Henderson dan aktor Aedy Ashraf sudah pun berakhir. Amelia berkata dia dan Aedy tidak lagi menjalin hubungan cinta dan kini hanya berkawan.
Amelia berkata ‘masa’ antara sebab hubungannya dengan Aedy berakhir namun mereka tidak mengeluarkan kenyataan kerana hormat satu sama lain.
BACA: “Saya & Aedy Kawan, Kami Tak Rapat Macam Dulu”
Memetik Astro Gempak, apabila ditanya mengenai ciri-ciri lelaki yang diminati, Amelia berkata dia mahukan seseorang yang boleh membahagiakan dirinya.
“Saya suka orang yang boleh buat saya ketawa, baik, gembirakan saya. Apa yang penting untuk sekarang ini saya bukan mencari relationship, saya mencari rezeki untuk bekerja,” katanya.
Sementara itu, Amelia berpendapat rupa paras bukan ciri yang menjadi keutamaannya dan berharap dapat bertemu dengan seseorang yang boleh menghargai dirinya.
“Saya tak pernah fikir sangat pasal benda (paras rupa) tu, sebab saya rasa isi hati tu lagi bertahan daripada rupa, penampilan saya yang sebegini pun tidak akan kekal buat selama-lamanya.
“Tidaklah berupa sangat cuma saya berharap dapat jumpa seorang yang boleh hargai saya dan bukan dia minat sebab rupa saya tapi sebab isi hati saya,” katanya.
Dalam pada itu, Amelia berkata dia masih lagi belum bersedia untuk menerima sesiapa sebagai teman istimewa dalam masa terdekat.
SUMBER: Astro Gempak
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source