Piala FA: Kedudukan Azzmi kini terancam?
PETALING JAYA – Pengendali Negeri Sembilan FC (NSFC), Azzmi Aziz mungkin menjadi jurulatih pertama hilang kerja musim ini?
Persoalan itu mula timbul selepas kekalahan 0-4 NSFC kepada Selangor FC pada saingan Piala FA di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, kelmarin, malah komen diberikan jurulatih itu juga turut mencetuskan tanda tanya mengenai kedudukannya.
“Saya rasa jurulatih sebelum ini pun menggunakan formasi 5-3-2 juga, jadi bukan isu formasi tetapi kesilapan individu. Sistem tidak bermasalah, tetapi kesilapan individu itu yang bermasalah dan itulah yang pemain kena faham.
“Kita kena terima hakikat, realistik dengan apa yang kita belanjakan. Bukan buat alasan tetapi akhirnya kualiti individu itulah (jadi penentu). Tidak mudah, tetapi kita cuba, saya pun akan tengok dimana saya nak cuba namun sampai bila saya mahu mencuba?
“InsyaAllah selepas itu kita kena putuskan sesuatu, saya pun kena ambil tanggungjawab sepenuhnya kalau pemain tidak bermain bagus. Dalam padang pemain yang buat keputusan, jadi apa pun saya tetap OK dengan apa-apa juga keputusan selepas ini,” katanya.
Mengulas lanjut, Azzmi berpendapat anak buahnya memberikan ‘hadiah’ kepada Selangor FC apabila melepaskan dua gol mudah untuk membolehkan tuan rumah mendahului permainan 2-0.
“Sejujurnya saya kecewa terutamanya tentang prestasi di babak pertama dan kita berikan gol mudah untuk Selangor. Apabila bermain dengan lima pertahanan, sepatutnya permainan kami lebih baik dan mampu menyukarkan Selangor,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source