“Saya Doakan Bella Temui Kebahagiaan”
Pelakon baru Muaz Zabir berkata dia sentiasa mendoakan Bella Astillah bertemu kebahagiaan serta yakin pelakon itu seorang wanita yang kuat.
Memetik Harian Metro, Muaz berkata dia dimaklumkan mengenai berita perceraian Bella oleh rakan-rakan sekeliling kerana sibuk dengan urusan kerja.
BACA: Muaz Zabir Terima Ancaman Dilarang Masuk Singapura
“Saya sentiasa mendoakan Bella Astillah menemui kebahagiaan serta boleh mengharungi segala cabaran dan dugaan dalam kehidupan.
“Saya yakin dia seorang wanita yang kuat dan sama-sama kita mendoakan dengan statusnya sebagai ibu tunggal,” katanya.
Sementara itu, Muaz berkata dia enggan membuka mulut mengenai isu rumah tangga Bella dan Aliff memandangkan dia dan aktres itu sudah pun membawa jalan masing-masing.
“Saya dan Bella sudah mengambil keputusan untuk mengikuti jalan masing-masing. Apa saja isu mengenai rumah tangga Bella dan Aliff, saya ambil keputusan untuk mendiamkan diri.
“Saya tidak mahu kenyataan saya diolah dan diputar belit oleh mana-mana pihak. Lebih baik saya mendiamkan diri,” katanya.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source