“Kita Sudah Hampir Ke Penamat, Namun…” – Pengarah JSP Bukit Aman
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan bahawa pencapaian kes adik Zayn Rayyan tidak menghala kepada seperti yang diharapkan iaitu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.
Advertisement
Bangga dengan anak buah
Bagaimanapun, beliau berbangga dengan pencapaian anak buahnya meskipun kes hari ini dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Ketika sidang media hari ini, beliau berkata proses pertuduhan dibuat merupakan keputusan terbaik yang diputuskan.
We are close yet so far.
Kata-kata itu dipercayai kiasan berkemungkinan merumuskan bahawa polis telah memberikan yang terbaik namun peruntukan undang-undang mempunyai perspektif yang berlainan.
Wajar diberi penghargaan kepada anak buah
Tambahnya, anak buahnya wajar diberikan penghargaan sedalam-dalamnya selepas menjalankan tugas mereka selama enam bulan.
Penyelesaian (siasatan) kes ini adalah menzahirkan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pegawai dan anggotanya Mereka ini berhempas-pulas menjalankan siasatan tanpa mengira penat lelah, siang dan malam bekerja secara ikhlas dalam melaksanakan amanat dan tanggungjawab yang diberikan.
Terdahulu, kelibat ibu dan bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf dirakam keluar dari Kompleks Mahkamah Petaling Jaya setelah dibebaskan selepas urusan pembayaran ikat jamin RM10,000 setiap seorang.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source