Kak KM Nak Upah Bodyguard Kacak, Suami Tak Bagi Sebab Cemburu
Usahawan sensasi, Kak KM atau Liana Rosli berkata dia bercadang untuk mengupah pengawal peribadi bagi menjaga keselamatannya selepas kes rumahnya dipecah masuk perompak sebelum ini.
Memetik mStar Online, Kak KM berkata ramai yang menghantar permohonan kepadaya selepas dia meluahkan hasratnya itu serta memaklumkan dia tidak suka dengan individu yang banyak bercakap.
BACA: Anak Dapat SPM 6A, Kak KM Hadiahkan Anak Mercedes & RM10,000
“Baru saja beritahu nak cari pengawal peribadi tak sangka pula ramai yang memohon tapi saya ini memilih orangnya. Saya tak suka orang yang banyak bercakap dan sukar memberi komitmen terhadap kerja,” katanya.
Menurut Kak KM lagi dia mahu mencari pengawal peribadi lelaki namun terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana suaminya, Razman Ramli rasa cemburu.
“Suami cakap tak perlu upah pengawal keselamatan dan biar dia saja jaga saya. Saya kata tak boleh sebab siapa pula nak jaga anak dekat rumah?
“Saya nak pengawal lelaki. Takkan perempuan. Nanti saya pula kena jaga dia. Lelaki saja boleh lindungi wanita dan kalau boleh biarlah sedap mata memandang dan rupanya elok. Suami pula cemburu, sudahnya tak payah ada pengawal peribadi,” katanya.
Terdahulu, Kak KM mengesahkan dia adalah ahli peniagaan yang membuat laporan polis rumah dipecah masuk sehingga membabitkan kegurian RM3.5 juta.
Dalam kejadian itu, sebuah pet emas mengandungi jongkong emas dan wang tunai dilarikan bersama beberapa buah beg tangan pelbagai jenama serta barang kemas.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source