Malaysia gagal ‘kenduri’ gol ke atas Taiwan
BUKIT JALIL – Nasib Harimau Malaya untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 hanya akan ditentukan menerusi keputusan satu lagi aksi Kumpulan D antara Oman dan Kyrgyzstan, tengah malam ini
Selepas menang 3-1 ke atas Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi, Harimau Malaya mengharapkan ihsan Oman untuk tewaskan Kyrgyzstan dengan jumlah jaringan besar.
Seperti dijangka, Harimau Malaya turun dengan mentaliti menyerang namun sebaliknya buat Taiwan yang dilihat lebih selesa menanti peluang terbaik bagi mengatur asakan.
Sebaik aksi memasuki minit ke-20, kem negara sedikit tersentak apabila Yu Yao-Hsing berjaya mengambil kesempatan untuk meledak gol pertama perlawanan.
Safawi Rasid menjadi pemain paling kecewa selepas mempersiakan sekurang-kurangnya enam peluang terbaik selepas majoriti percubaan dilakukannya melambung tinggi dan serong ke sisi gawang lawan.
Aspek penyudah terus mengecewakan Harimau Malaya ketika tindakan bijak Akhyar Rashid pada minit ke-41 yang melepasi perangkap offside sekali lagi gagal melakukan penyudah dengan lebih baik
Harimau Malaya memulakan babak kedua dengan langkah lebih positif apabila Akhyar berjaya merobek gawang lawan sebaliknya jaringan itu dibatalkan selepas dikesan berada di kedudukan offside.
Minit ke-53 Safawi yang mempersiakan deretan peluang di babak pertama akhirnya menghadirkan keceriaan buat penyokong negara apabila menghasilkan jaringan semangat untuk terus memberikan tekanan buat pelawat.
Selang 16 minit selepas itu, suasana dalam stadium terus bergema untuk meraikan jaringan kedua yang disempurnakan oleh bintang naturalisasi, Paulo Josue, diikuti gol ketiga menerusi pemain gantian Muhammad Adib Raop pada masa kecederaan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source