Wartawan perlu ada sifat empati jika ingin berjaya – Anwar
KUALA LUMPUR – Para wartawan perlu menerapkan sifat empati dan kemanusiaan yang tinggi dalam diri masing-masing ketika menjalankan tugas sekiranya ingin menjadi seorang pengamal media yang berjaya dan berwibawa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain para guru, wartawan juga menggalas tanggungjawab berat sebagai golongan penting yang dapat mengangkat martabat insan.
“Tanggungjawab seorang (wartawan) itu besar, jadi mereka harus menyampaikan berita dengan sifat empati.
“Boleh berbeza pendapat tetapi jika ingin faham orang lain perlu wujud rasa empati, harus ada keinginan dan hasrat untuk memahami orang lain,” ulasnya.
Tambah Anwar, kerajaan juga tidak akan berkompromi sekiranya wujud sebarang laporan yang menyebabkan keresahan dalam kalangan rakyat, terutamanya yang menyentuh mengenai isu sensitif seperti perkauman, agama dan Raja.
“Kalau ia berdasarkan fakta tidak mengapa tetapi kalau sehingga menggugat itu tidak boleh. Apa lagi soal Islam atau agama lain. Apakah agama itu tiada kaitan dengan ihsan, rahmat, dan kasih sayang?
“Apakah mesti melontar idea yang hanya akan menimbulkan prasangka, kebencian, atau kerunsingan? Islam tidak mungkin berkembang dengan pandangan demikian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Anugerah Hadiah Kewartawanan MPI-Petronas 2023 pada Malam Wartawan Malaysia 2023 di Hotel Majestic Kuala Lumpur, malam ini.
Dalam pada itu, Anwar menegaskan agar semua pihak tidak lagi mengangkat isu-isu yang boleh memecahbelahkan rakyat dan menghakis nilai kemanusiaan bagi menjaga keamanan negara.
“Bagaimana kita hendak menilai seorang wartawan itu berjaya? Sudah pasti mereka ini bekerja dengan perasaan dan keyakinan serta mempunyai semangat dalam profesion tersebut.
“Saya sendiri bercakap dengan ‘passion’ (semangat) jadi saya yakin, Malaysia mampu menjadi negara hebat jiia kita tumpu pada matlamat kita.
“Bagaimanapun, jangan diheret isu-isu yang memecahbelahkan (rakyat) dan memaparkan kebodohan serta keangkuhan sehingga terhakisnya kemanusiaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source