PTK buka kertas siasatan universiti swasta lewat bayar gaji pekerja
PUTRAJAYA – Pejabat Tenaga Kerja (PTK) Cyberjaya membuka kertas siasatan susulan aduan berhubung kelewatan pembayaran gaji selama dua bulan kepada 93 kakitangan sebuah universiti swasta di ibu negara.
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dalam kenyataan memaklumkan, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 19 Akta Kerja 1955 iaitu kesalahan kelewatan bayaran gaji.
Katanya, pekerja turut dinasihatkan untuk memfailkan kes buruh di bawah Seksyen 69 Akta Kerja 1955 yang membabitkan tuntutan terhadap majikan berkaitan baki gaji, gaji ganti notis, bayaran gaji kerja lebih masa, bayaran faedah-faedah penamatan perkhidmatan dan faedah-faedah lain.
“Kes ini dikendalikan selaras dengan peruntukan perundangan perburuhan terpakai di bawah bidang kuasa JTKSM tanpa sebarang kompromi serta memastikan hak-hak pekerja dilindungi dan majikan mematuhi undang-undang berkaitan pembayaran gaji.
“Pihak JTKSM juga akan mengambil langkah-langkah tegas untuk menyelesaikan isu ini dengan segera dan memastikan bahawa kejadian seperti ini tidak berulang lagi pada masa hadapan,” katanya hari ini.
JTKSM berkata, pihaknya menerima beberapa aduan berhubung isu itu melalui media massa dan juga e-mel serta bertindak melakukan siasatan menerusi PTK Cyberjaya dan mendapati aduan adalah berasas.
Katanya, pihak pengurusan universiti mengakui mereka kini berdepan dengan krisis kewangan menyebabkan kelewatan bayaran gaji pada bulan April dan Mei lalu melibatkan 93 pekerja dengan gaji RM4,800 ke atas dengan 86 daripadanya adalah tenaga kerja tempatan dan tujuh tenaga kerja asing.
“Beberapa pekerja juga telah berhenti kerja tanpa meninggalkan maklumat lengkap, menyukarkan pihak universiti menguruskan isu ini dengan cepat memandangkan pengurus pentadbiran dan kewangan adalah baru dilantik.
“Pegawai penyiasat mengeluarkan saman hadir kepada pengurusan universiti untuk hadir ke PTK Cyberjaya bagi memberikan keterangan lanjut dan mengemukakan dokumen-dokumen lengkap,” ujarnya.
JTKSM berkata, bagi pekerja yang mengadu dan ditemui, mereka diminta hadir ke PTK sama untuk memfailkan kes buruh sepertimana prosedur kehendak Akta Kerja 1955 bagi membolehkan pegawai buruh mengeluarkan perintah ke atas majikan.
Terdahulu, media melaporkan hampir semua kakitangan sebuah universiti swasta terkemuka di Selangor mendakwa tidak dibayar gaji sejak tiga bulan lalu dan meminta campur tangan kerajaan. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source