Kian Meng-Pei Jing kempunan ke final
KUALA LUMPUR – Beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang menampilkan aksi sensasi pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia akhirnya ditunjukkan jalan keluar apabila tersingkir di separuh akhir hari ini.
Pada perlawanan yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi, pasangan No.21 dunia itu terpaksa akur tewas dengan keputusan straight set 16-21, 18-21 kepada beregu China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dalam tempoh 39 minit.
Turun bertemu pilihan kelima kejohanan, Kian Meng-Pei Jing memberikan tentangan sengit apabila beberapa kali mendahului di set pertama, namun kesilapan-kesilapan mudah yang dilakukan kembali membuka ruang buat pasukan lawan mengejar.
Hasil kesilapan dilakukan, Zhen Bang-Ya Xin berjaya melakukan kebangkitan dan memastikan kemenangan pertama 21-16 dalam tempoh 16 minit, sekali gus meletakkan wakil negara dalam keadaan tertekan.
Memasuki set kedua, Kian Meng-Pei Jing memperkemaskan permainan dan berjaya memimpin perlawanan 11-9, namun kedudukan tersebut nyata tidak memberi jaminan apabila beregu China mengejar mata demi mata sebelum menang 21-18.
Pada aksi suku akhir semalam, Kian Meng-Pei Jing mencipta sensasi apabila menewaskan beregu No.8 dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun 21-8, 21-19 dalam tempoh 39 minit sahaja bagi menempah aksi separuh akhir pertama mereka musim ini.
Sebagai rekod, kali terakhir pemenang pingat gangsa Sukan SEA Filipina 2019 itu beraksi di pentas final adalah ketika muncul naib juara pada kejohanan Terbuka Belanda tiga tahun lalu.
Selepas ini, Kian Meng-Pei Jing akan berlepas ke Sydney, Australia bagi menggalas cabaran pada Terbuka Australia yang dijadualkan berlangsung 11 hingga 16 Jun nanti. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source