Seorang Berjoget Sakan Depan Kaabah, Seorang Calit Air Liur! Kelakuan Tidak Senonoh Jemaah Haji Indonesia Dikritik Ramai
Tular di TikTok video yang memaparkan beberapa jemaah haji berkelakuan tidak senonoh dan memalukan ketika di depan Kaabah dan di kawasan sekitarnya.
Advertisement
Sorang berjoget sakan, sorang lagi calit air liur
Jemaah wanita yang memakai jubah serba hitam itu tanpa rasa malu telah berjoget sampai berpusing-pusing ketika ramai jemaah lain sedang mengelilingi Kaabah.
Beberapa jemaah dilihat memandangnya dengan pelik kerana berkelakuan tidak senonoh di Tanah Suci.
Rakaman yang sama itu turut memaparkan seorang individu mencalit sesuatu tulisan di Mekah menggunakan air liur serta seorang lagi khusyuk bermain game di telefon bimbit.
Niat itu penting
Mereka ini dikatakan jemaah haji dari Indonesia dan video tersebut telah menaikkan kemarahan ramai warganet.
Kata mereka, bukan senang nak dapat peluang dan rezeki untuk menjejakkan kaki ke Mekah, boleh pula berkelakuan tidak senonoh dan memalukan sebegitu.
Ada yang menuduh mereka berpeluang menunaikan haji menggunakan duit bukan dari sumber yang halal dan beberapa individu dilihat menasihati orang ramai untuk menjaga percakapan.
Seorang individu juga dilihat berkata ini merupakan ujian jemaah itu ketika berada di sana dan turut mengingatkan bahawa setiap orang diuji dengan cara yang berbeza.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source