Anak Sulung Aidid Marcello Berjaya Hafal 30 Juzuk Al-Quran Dalam Tempoh 11 Bulan
Personaliti televisyen, Aidid Marcello meluahkan rasa syukur dengan pencapaian anak lelaki sulungnya, Muhammad Iman yang berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran dalam tempoh 11 bulan.
Menerusi perkongsian di Instagram, Aidid menyifatkan kejayaan anaknya itu adalah hadiah paling berharga buat dirinya dan juga isteri, Norzie Pak Wan Chek.
@aidid.marcello Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Bagi kami ayah & ibu, xda apa lagi dah hadiah yg lebih berharga jika nak dibandingkan dengan apa yang @iman berikan kepada kami. Terima kasih Iman kerana menjadi anak yang taat dan berjaya mengharungi pelbagai ujian dan cabaran sepanjang proses hafazan di @Akademi Al-Quran AKMAL ini. Semoga Iman terus berjaya dan jadikan Al-Quran sebagai sahabat terbaik sehingga ke penghujung usia. Jangan lupa daddy & mummy ya bila kami dah xda nanti. Ingat, Iman anak sulung lelaki kami. Bacaan Quran dan doa anak yang soleh sahaja yang mampu membantu kami kelak. Daddy & mummy tulis disini bukan utk riak tetapi sebagai tempat utk Iman baca kembali dan insyaAllah menjadi peringatan untuk anak cucu Iman nanti, insyaAllah. Saya doakan juga kepada maka ayah lain yg sedang berhempas pulas dengan anak yg sedang habiskan Al-Quran, untuk terus sabar dan semoga anak kita semua sayang Al-Quran sampai mereka dijemput Ilahi, insyaAllah. Maafkan saya kalau ada silap kata & bahasa, sekadar ingin luahkan rasa gembira setelah pengorbanan selama ini membuahkan hasil ? ? : @MQDigital #aididitmyway #alhamdulillah #alhamdulillah?? #dontgiveup #fy #fyp #fyp??viral
“Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Bagi kami ayah dan ibu, tiada apa lagi hadiah yang lebih berharga jika nak dibandingkan dengan apa yang Iman berikan kepada kami.
“Terima kasih Iman kerana menjadi anak yang taat dan berjaya mengharungi pelbagai ujian dan cabaran sepanjang proses hafazan ni,” tulisnya.
Sementara itu, Aidid turut berdoa semoga Iman terus menjadikan al-Quran sebagai sahabat terbaiknya sehingga ke hujung usia.
“Semoga Iman terus berjaya dan jadikan al-Quran sebagai sahabat terbaik sehingga ke penghujung usia. Jangan lupa daddy dan mummy bila kami dah tiada nanti. Ingat, Iman anak sulung lelaki kami. Bacaan Quran dan doa anak yang soleh sahaja yang mampu membantu kami kelak,” tulisnya.
Difahamkan, Iman berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran selepas mengikuti Akademi al-Quran Amalillah (AKMAL).
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source