“Jangan Ambil D*dah, Melainkan Anda Mahu Diaibkan Dan Dilayan Seperti Penjenayah” – Cliff Umar
Penyanyi Cliff Umar menerusi satu hantaran di Instagram Story tampil meluahkan rasa kesal kerana tersilap langkah mengambil najis dadah.
Kata Cliff, dia berasa menyesal dan menganggap ia merupakan satu pilihan terburuk dalam kehidupannya.
Advertisement
Dia juga sempat menasihati orang ramai untuk tidak menggunakan dadah melainkan mahu dilayan seperti penjenayah.
Jangan ambil dadah. Tiada kebaikan yang keluar darinya. Melainkan anda mahu diaibkan dan dilayan seperti penjenayah serta terpampang di seluruh media sosial dan berita nasional. Tuhan tahu saya menyesal.
Dia dalam pada itu mengucapkan terima kasih buat peminat yang mendoakan selain menghargai kehadiran isteri di saat dia mengalami waktu sukar itu.
Terima kasih atas komen positif dan negatif. Semuanya baik saya masih hidup dan masih disayangi bidadari isteri saya. Saya sangat sayangkan awak, Anita.
Saya menyayangi awak sepenuh hati dan saya tidak akan mengecewakan awak lagi.
Terdahulu, penyanyi itu telah membuat pengakuan bersalah memiliki dadah jenis heroin selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu di Mahkamah Majistret.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source