“Tawar Berlakon, Tapi Kena Buka Tudung Pula”
Pelakon Norish Karman meluahkan rasa sedih dan kecewa selepas dia membuat keputusan untuk bertudung banyak tawaran berlakon yang diterima memintanya untuk membuka berhijab.
Memetik Harian Metro, pelakon berusia 50 tahun itu berkata dia tidak menerima tawaran berlakon sejak lima tahun lalu. Malah selepas berpisah dengan bekas suami dia tidak mendapat sebarang harta.
BACA: Norish Karman Dedah Ramai Lelaki 30-an Beratur Ajak Kahwin
“Sejak saya bertudung pada 2018, saya tidak mendapat tawaran berlakon dan ia memberi kesan besar pada sumber kewangan dan ekonomi keluarga.
“Selepas bercerai, saya juga tidak dapat sebarang harta daripda bekas suami. Rumah dan kereta dimiliki dengan hasil usaha sendiri bersama anak-anak.
“Saya juga berhempas-pulas untuk membesarkan lapan anak (empat anak angkat) sejak 12 tahun bergelar ibu tunggal,” katanya.
Sementara itu, Norish berkata dia pernah bertanya serta meminta pandangan anak-anak untuk membuka tudung ketika berlakon namun tidak dipersetujui mereka.
“Sebagai manusia, iman kita turun dan naik. Saya akui cabaran besar untuk terus istiqamah. Saya juga berharap dapat undangan persembahan nyanyian seperti acara korporat, majlis kahwin dan sebagainya selepas ini kerana tidak perlu untuk membuka tudung,” katanya.
Norish pernah berkahwin dengan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir pada 11 Januari 1998 dan bercerai pada 15 Julai 2008. Pasangan itu dikurniakan tiga anak iaitu Muhammad Haqiem Amany, 25; Muhammad Hady Amieran, 21 dan Nur Hanyz Amanda, 20.
Norish turut memiliki seorang lagi anak Haq Alexander, 13 dan empat anak angkat iaitu Hasbi Fadullah, 13; Hasya Farahiya,11; Haziq Fadillah, 10; dan Hazra Farisya, 5.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source