Malaysia sambut baik pelaburan Google – Anwar
PETALING JAYA – Malaysia menyambut baik komitmen syarikat teknologi utama dunia, Google untuk melabur sebanyak RM9.4 bilion (AS$2 bilion) di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengumuman pelaburan asing tersebut menyokong agenda kerajaan dalam mempercepat dan melicinkan transformasi digital negara.
Katanya, pelaburan itu dijangka akan membawa kesan berganda kepada ekonomi Malaysia sekitar RM15.04 bilion (AS$3.2 bilion) dan pewujudan sebanyak 26,500 pekerjaan menjelang tahun 2030.
“Pelaburan terkait pusat data yang pertama bagi Google di Malaysia dan pembangunan rantau Google Cloud ini adalah bukti bahawa perencanaan Kerajaan yang jelas selain kekuatan ekonomi dan sumber negara menjadi tarikan kepada pelabur-pelabur sedia ada dan baharu.
“Nescaya, ini meletakkan Malaysia sebagai antara negara utama dalam penggunaan dan perkhidmatan sokongan bagi perkhidmatan berteraskan teknologi digital,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Anwar berkata, dalam pertemuan secara maya bersama pengurusan kanan Google pada 6 Mei yang lalu, beliau telah tekankan bahawa selain dukungan kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI) secara umum, kerjasama strategik perlu ditumpukan dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertanian.
“Ini penting bagi memastikan Malaysia dapat memanfaatkan kemahiran dan pendekatan berteraskan teknologi terkini,” ujarnya.
Terdahulu, memetik laporan Yahoo! Finance, Ketua Pegawai Kewangan Alphabet Inc. Ruth Porat dalam satu kenyataan berkata, pengumuman itu menandakan pelaburan terbesar Google di negara Asia Tenggara.
Komitmen tersebut termasuk untuk mewujudkan pusat data pertama dan wilayah Google Cloud di Malaysia. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source