King Coco Dedah Wajah Suami Baru, Dah Setahun Kahwin?
Pempengaruh media sosial, King Coco akhirnya mendedahkan status terkininya bahawa dia kembali bergelar isteri.
Menerusi perkongsian di Instagram, King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail memperkenalkan suaminya, serta berkongsikan bahawa lelaki tersebut juga pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini.
BACA: “Semua Setan Bertopengkan Manusia” – King Coco Malas Bertanding PRU15
“Suamiku sayang, dah hampir setahun lebih kita bersama. Banyak yang kita belum tempuh, tapi yang kita tempuh banyak juga pasang surutnya.
“Kita berdua pernah mengalami alam perkahwinan, yang lepas ada manis ada pahit. Terima kasih kerana masih sedarkan saya, i always deserved better.
“Ada seorang lelaki yang tahu menjaga saya, tahu akan tanggungjawab walaupun tanggunjawab terhadap Mateen dan Haqeem. You totally make me realised, there always a knight that save me from all the doomsdale,” tulisnya.
Dalam pada itu, King Coco berkata dia berharap perkahwinan yang dibina itu akan berkekalan selama-lamanya dan yang terakhir selepas kegagalan rumah tangga sebelum ini.
“I can’t thank you enough. I love you, insya-Allah ini adalah perkahwinan saya yang terakhir. Jika diizin olehNya, saya nak sampai mati dengan awak.
“To more great year with you. i promise ill be loyal and take care of you. Masyallahtabarakallah. Allahummabarik,” katanya.
Terdahulu, King Coco mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Azrin Anas Abdul Shukor selepas mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2017. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Kyle Mateen dan Putra Muhammad Haqeem.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source