Dua bakal jemaah haji terkandas, rayu pulang ke tanah air
PUTRAJAYA – Seorang penasihat undang-undang memaklumkan ibu bapanya yang juga bakal jemaah haji kini terkandas di Mekah dan buntu untuk pulang ke Malaysia selepas pasport dipegang agensi pelancongan.
Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Ena, 33, berkata, ibu bapanya juga adalah antara bakal jemaah haji yang terkait dengan isu tiga jemaah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.
Menurutnya, ibu bapanya juga mengambil pakej haji menggunakan visa pelancong yang diuruskan sebuah agensi pelancongan (TA) beribu pejabat di Seri Kembangan, Selangor.
“Bagaimanapun, hari ini bapa saya memaklumkan TA itu gagal menyediakan visa haji seperti dijanjikan dan ibu bapa saya ingin menarik diri (mengerjakan haji) kerana bimbang berdepan risiko ditahan pihak berkuasa Arab Saudi. Malah, TA itu turut mengenakan syarat supaya menandatangani surat perakuan untuk tidak mendedahkan perkara itu (gagal menyediakan visa haji) jika tidak mahu berdepan tindakan saman,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Ena berkata, dia dimaklumkan ada 16 lagi bakal jemaah haji tempatan berdepan situasi sama seperti ibu bapanya dan kesemua mereka kini menetap di Hotel Jawad Al Taj, Mekah.
Menurutnya, dia sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Negeri Sembilan hari ini dan meminta pihak berkuasa menyiasat TA itu. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source