Anwar umum RM1 juta untuk Tabung Kasih@Hawana 2024
KUCHING- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada Tabung Kasih@Hawana pada tahun ini di mana ia memainkan peranan membantu pengamal media yang ditimpa kesusahan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah dana itu diteruskan pada tahun ini selepas kerajaan mengumumkan jumlah sama pada tahun lalu bagi membantu pengamal media memerlukan.
“Kemudian, seperti biasa jemputan ini selalunya bersyarat, kalau tidak, dia kata tidak ada erti Menteri Kewangan datang, tetapi tidak buat apa-apa.
“Bagaimanapun, untuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), kita minta supaya bantu selaraskan beberapa kegiatan dan sekarang ada Pusat Kecemerlangan Bernama,” katanya ketika berucap pada Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 di sini tadi.
Anwar berkata, susulan itu, kerajaan meluluskan dana sebanyak RM1 juta bagi pelaksanaan Pusat Latihan Kecemerlangan Bernama supaya terus menambah kursus latihan terutama dalam bidang teknologi buatan.
Tabung Kasih@Hawana yang diwujudkan bersempena dengan sambutan Hawana 2023 bertujuan menyantuni wartawan dan petugas media yang masih dalam perkhidmatan atau telah bersara selain mengalami keuzuran atau memerlukan bantuan.
Inisiatif Kementerian Komunikasi itu dilaksanakan menerusi Bernama bagi menyantuni wartawan dan petugas media yang masih dalam perkhidmatan atau telah bersara. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source