Man. United calar ego Man. City
LONDON – Manchester United mencipta kejutan apabila muncul juara Piala FA selepas mengatasi seterus setempat Manchester City 2-1 pada aksi final di Stadium Wembley, sebentar tadi.
Kemenangan ini pastinya meredakan tekanan buat pengendali Man. United yang kini seakan berada dalam situasi sukar selepas kelab itu sekadar menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga kelapan.
Walaupun masih segar dengan kejayaan menjulang trofi Liga Perdana Inggeris buat kali keempat berturut-turut, Man. City seakan tidak mampu menyerlahkan kualiti terbaik dimana Red Devils lebih berhak untuk mendapat pujian sepanjang babak pertama.
Walaupun Man. City mempunyai penguasaan permainan lebih baik, Man. United berjaya membuka jaringan pada minit ke-30 menerusi Alejandro Garnacho yang memanfaatkan kesilapan daripada Josko Gvardiol.
Selang sembilan minit selepas itu, Kobbie Mainoo yang mendapat panggilan kebangsaan England meledak gol kedua perlawanan untuk terus meletakkan Man. United makin selesa menuju ke bilik persalinan.
Bersambung babak kedua, Guardiola memasukkan Jeremy Doku dan Julian Alvarez dilihat berjaya menambah bisa jentera serangan Man. City namun masih dihimpit kecewa apabila gagal memanfaatkan beberapa peluang terbaik.
Sebaik memasuki minit ke-87, Doku segera membalas kepercayaan pengurus pasukan, Pep Guardiola apabila berjaya merapatkan jurang namun jaringan itu nyata sudah terlambat buat Man. City sekaligus mengesahkan kejuaraan Piala FA buat Man. United. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source