[VIDEO] Jarakkan mayat kerana tujuan tertentu tidak pelik kalau tahu agama
PETALING JAYA – “Kalau sudah belajar agama, semua perkara ini tidak pelik. Saya sendiri tidak pelik. Semuanya berlandakan ijtihad”.
Begitulah jawapan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) apabila diminta mengulas mengenai kedudukan kubur suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram yang perlu dijarakkan dari kubur lain.
UAI menjelaskan, fatwa mengenai menjarakkan kubur orang yang meninggal dunia kerana membunuh diri sudah lama wujud dalam kitab-kitab fikah.
“Kita perlu lihat pada istijhad, apa tujuannya. Jika ada maslahah pada fatwa, maka fatwa tersebut adalah sah.
“Benda ini biasa tetapi kita jahil. Tindakan bukan untuk mengaibkan tetapi untuk memberi pengajaran,” jelasnya.
Malah, UAI juga memetik satu hadis yang menceritakan Nabi Muhammad SAW enggan melakukan solat jenazah terhadap si mati yang berhutang.
“Sebelum Rasulullah SAW hendak solat jenazah, nabi akan tanya dahulu sama ada orang tersebut berhutang atau tidak.
“Jika ada, nabi enggan sembahyangkan jenazah tersebut. Walaupun begitu, nabi benarkan para sahabat solatkan.
“Mengapa? Ia supaya orang-orang yang masih hidup berasa insaf dan tidak akan melakukan perkara sama,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
@nfieyra Tanam jenazah jauh pada orang lain #ustazazharidrus #ustazazharidrus💯 #ceramah #ceramahagama ♬ bunyi asal – nfieyra|ceramah harian
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source