Kelantan FC sah tarik diri
PETALING JAYA – Teka-teki mengenai status penyertaan Kelantan FC daripada kempen Liga A1 Semi Pro (dulu dikenali Liga M3) akhirnya terjawab selepas pengurusan tertinggi kelab tersebut mengambil keputusan untuk menarik diri pada saingan musim 2024.
Menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan menerusi Facebook TFW Kelantan FC, keputusan untuk tarik diri telah dibuat setelah beberapa penilaian dan pertimbangan teliti dilakukan oleh pihak pengurusan tertinggi pasukan.
“Kelantan FC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Liga Bola Sepak Amatur (AFL) di atas persetujuan dan penerimaan untuk pasukan Kelantan FC beraksi di Liga A1 Semi-Pro.
“Namun, selepas pertimbangan yang teliti, keutamaan pasukan ketika ini adalah untuk menyelesaikan terlebih dahulu isu dalaman seperti menyelesaikan baki gaji pemain musim lepas yang masih tertunggak.
“Selain itu, kami mahu menyelesaikan kes-kes FIFA bagi membersihkan nama baik pasukan Kelantan FC.
“Kami percaya menyelesaikan kewajipan isu tunggakkan gaji adalah penting sebelum memulakan sebarang usaha baru.
“Kelantan FC dengan ikhlas memohon maaf atas sebarang kesulitan atau kekecewaan yang mungkin timbul kepada pihak AFL dan pihak berkepentingan,” kata kenyataan tersebut.
Sebagai rekod, AFL sebelum ini telah memberikan talian hayat kepada The Red Warriors untuk mendaftarkan minimum 20 pemain sebelum tarikh perpindahan ditutup hari ini.
Pasukan berpangkalan di Pantai Tiumur hanya mengesahkan kehadiran ketua jurulatih, Manja Man dengan status pemain-pemain yang ditandatangani pada musim baharu masih lagi belum didedahkan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source