Thailand tidak sehebat mana – Farhan Adam
KUALA LUMPUR – Impian pemain Malaysia untuk menamatkan dominasi ‘raja’ sepak takraw dunia, Thailand terlaksana selepas trio negara, Syahir Rosdi, Farhan Adam dan Azlan Alias berjaya menumpaskan skuad gajah perang itu di Stadium Titiwangsa hari ini.
Selepas gandingan Aidil Aiman dan Noraizat Nordin melakar sejarah menumpaskan Thailand dalam aksi final acara beregu, kini giliran trio Malaysia menumpaskan Thailand 15-8, 15-12 dalam aksi final yang penuh mendebarkan.
Biarpun ditentang hebat trio Thailand, Sittipong Khamchan (tekong), Poramet Siriswat (apit kiri) dan Varayut Jantarasena (apit kanan) namun aksi mereka sedikit tenggelam selepas terkena servis ace Syahir Rosdi.
Pada set kedua, pengendali negara, Ahmad Jais Baharun memasukan Haziq Hairul Nizam bagi menggantikan Syahir selepas tekong utama negara itu dilihat melakukan kesilapan apabila servisnya kandas dua kali berturut-turut.
Ketika Thailand mula mencuri mata, Azlan membuktikan bahawa beliau merupakan ‘killer’ terbaik dunia apabila berjaya melakukan beberapa hadangan daripada perejam Thailand selain Haziq menyumbang mata kemenangan Malaysia.
Kejayaan itu juga memastikan Malaysia berjaya melunaskan dendam ekoran kekalahan pada edisi Piala Dunia Sepak Takraw di Daejeon, Korea Selatan.
Kapten negara, Farhan Adam ternyata puas dengan kemenangan tersebut apabila mengakui bahawa Thailand bukanlah pasukan terkuat kerana mereka telah buktikan pemenang pingat emas Sukan Asia Hanghzou mampu ditewaskan.
“Kemenangan ini sangat bermakna dan saya paling gembira kerana setiap kali berdepan Thailand pasti kalah.
“Kali ini ini di pentas final, kami pastikan malam ini adalah milik Malaysia. Thailand tidaklah sehebat mana yang semua khabarkan. Buktinya, Malaysia tetap kalahkan mereka,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source