Pegawai imigresen didakwa makan suap RM7,600
SEREMBAN – Seorang pegawai Imigresen yang bertugas di Unit Persenjataan Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 10 pertuduhan menerima rasuah keseluruhan berjumlah RM7,600 pada 2018 hingga 2022.
Tertuduh, Razali Ahmad, 41, yang kini bertugas sebagai Penolong Penguasa Imigresen KP 32 di Unit Persenjataan, Bahagian Penguatkuasa bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas 10 pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh sebagai penjawat awam iaitu Penolong Penguasa Imigresen KP 29 dan 32 di Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya telah menerima suatu benda iaitu wang berjumlah antara RM500 hingga RM1,000 tanpa balasan daripada seorang individu.
Wang itu diterima melalui pindahan wang atas talian ke dalam akaun bank milik tertuduh yang mana tertuduh mengetahui individu itu mempunyai hubungan dengan tugas rasminya ketika itu
Kesalahan itu dilakukan di sebuah bank di Taman Semarak, Nilai di sini antara 25 Disember 2018 hingga 7 Jun 2022.
Sehubungan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah boleh dipenjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Terdahulu ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rifah Izzati Abdul Mutalif menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dikenakan bagi 10 pertuduhan tersebut. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source