Kerajaan tanggung bebanan hutang akibat perbelanjaan tidak berhemat – PM
PETALING JAYA – Kekangan hasil dan perbelanjaan tidak berhemat menyebabkan kerajaan menanggung bebanan hutang dengan paras hutang kini mencecah RM1.2 trilion atau 64.3 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika termasuk liabiliti lain, ia mencecah RM1.5 trilion atau lebih 80 peratus KDNK.
“Timbunan hutang hanya membazir wang rakyat kerana banyak dihabiskan untuk bayar faedah hutang. Tahun ini, setiap RM1 pungutan cukai, 16 sen hanya untuk membayar faedah hutang; belum lagi bicara soal pokok atau prinsipal hutang,” katanya berucap pada Perutusan Negara disiarkan secara langsung malam ini.
Bebanan hutang tersebut satu daripada tiga masalah struktural yang perlu ditangani dalam menambah baik pengurusan wang awam.
Anwar berkata, masalah fiskal yang lain ialah asas hasil yang kecil iaitu setakat 2023, nisbah hasil cukai kepada KDNK adalah pada paras 12.6 peratus, jauh lebih rendah ketimbang purata negara Asia Pasifik sebanyak 19 peratus dan negara berpendapatan tinggi yang umumnya menjangkau 30 peratus.
“Selain itu, perbelanjaan yang tidak berhemat. Subsidi pukal perlu dihentikan. Subsidi kita antara tertinggi berbanding di dunia. Untuk apa?
“Sedangkan subsidi pukal lebih menguntungkan golongan kaya kerana penggunaan atau perbelanjaan mereka bagi suatu barang dan perkhidmatan lebih besar. 3.5 juta warga asing juga mendapat faedah daripada subsidi pukal,” katanya.
Sehubungan itu, Anwar berkata, dalam menambah baik pengurusan fiskal negara, perkara awal yang dilaksanakan bagi membuktikan komitmen
kerajaan terhadap reformasi fiskal adalah penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA).
“Sasaran FRA adalah untuk menurunkan paras hutang untuk tidak melebihi 60 peratus KDNK dan defisit fiskal tiga peratus dalam jangka masa sederhana.
“Kerajaan juga mula memperluas asas hasil melalui reformasi percukaian. Cukai diperkenalkan tidak membebankan dan bersifat progresif, yakni dikenakan mengikut pendapatan supaya rakyat susah tidak dikenakan cukai yang sama dengan golongan kaya.
“Cukai Barang Bernilai Rendah, Cukai Keuntungan Modal Bagi Saham Tidak Tersenarai dan penambahbaikan kepada Cukai Perkhidmatan telah diperkenalkan. Kita mengunjurkan peningkatan hasil cukai negara sebanyak RM4.5 bilion,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source