Hon Jian-Haikal tekad ke suku akhir
KUALA LUMPUR – Pemain beregu lelaki negara, Muhammad Haikal Nazri memasang hasrat untuk melangkah ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters selepas melayakkan diri ke pusingan kedua.
Pada aksi pusingan pertama di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi, dia yang bergandingan dengan Choong Hon Jian menewaskan rakan senegara, Nur Mohd. Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong 22-20, 21-19.
Bagaimanapun, Hon Jian-Haikal perlu melepasi halangan satu lagi beregu negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun apabila kedua-dua beregu itu dijadualkan membuat perhitungan di pusingan kedua esok.
Jelas Haikal, kemahuannya untuk melangkah ke suku akhir adalah kerana mahu membuat perhitungan dengan beregu China, He Ji Ting-Ren Xiang yu yang pernah meranapkan hasrat Malaysia pada saingan Piala Thomas lalu.
“Saya ada beritahu Hon Jian bahawa kalau ke suku akhir, kami mungkin bertemu Ji Ting-Xiang Yu yang menewaskan kita di Piala Thomas tempoh hari, jadi saya nak sangat bertemu dengan mereka.
“Impian saya adalah untuk tebus balik kekalahan Malaysia kepada China sebelum ini di Piala Thomas. Kalau dapat main (suku akhir), memang saya akan bagi yang terbaik,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.
Turut melangkah ke pusingan kedua adalah dua lagi beregu lelaki, Wan Arif Junaidi-Yap Roy King dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani serta beregu wanita, Go Pei Kee-Low Yeen Yuan.
Wan Arif-Roy King menewaskan Xie Hao Nan-Zeng Wei Nan 21-16, 21-12 manakala Sze Fei-Izzuddin menang 21-11, 21-19 ke atas Low Hang Yee-Ng Eng Cheong sementara Pei Kee-Yeen Yuan mencatat mengenepikan cabaran Polina Buhrova-Yevheniia Kantemyr dengan 21-15, 21-15. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source