Dua lelaki cuba ceroboh Istana Negara dijel dua bulan
KUALA LUMPUR – Tindakan dua lelaki cuba menceroboh masuk Istana Negara tiga hari lalu akhirnya mengundang padah apabila mereka masing-masing dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim menjatuhkan hukuman itu ke atas Salleh Udoh, 37, dan Abdul Malek Az Zukhruf Fiee, 29, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.
Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 17 Mei lalu.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama sama cuba melakukan pencerobohan jenayah dengan cuba memasuki Istana Negara Jalan Sri Hartamas 1.
Kesalahan itu dilakukan di Pintu 3 Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas pukul 4.40 petang pada 17 Mei lalu yang didakwa mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, R Harvind memohon hukuman setimpal dan berbentuk pengajaran kepada kedua-dua tertuduh dengan mengambil kira kes pencerobohan yang berlaku.
Bagaimanapun kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan mereka mempunyai tanggungan keluarga serta tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Salleh berdepan dengan satu lagi pertuduhan dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memiliki senjata iaitu parang panjang berkenaan tanpa kebenaran yang sah pada lokasi, masa dan tarikh sama.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.
Hakim Norina Zainol Abidin membenarkan Salleh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali sehingga kes selesai serta menetapkan 25 Jun ini untuk sebutan kes.
Di Mahkamah Sesyen itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ngoh Jess Lynn manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pada 18 Mei lalu, Kosmo! melaporkan seorang penghantar makanan dan buruh binaan ditahan bersama sebilah parang ketika cubaan menceroboh masuk Istana Negara, Jalan Sultan Abdul Halim, di sini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan mendapati kedua-duanya mendakwa ingin berjumpa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
“Kita menjumpai sebilah parang dalam kereta yang dinaiki suspek sebelum bertindak menahan dua lelaki terbabit,” kata kenyataan polis. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source