“Bella Kalau Merajuk Sekejap Sangat, Bagi Bunga Terus Okay”
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan dia seorang wanita yang senang dipujuk dan tidak merajuk lama.
Menerusi satu video dikongsikan oleh sebuah produk kecantikan, kelihatan anak perempuannya iaitu Ara sedang merajuk.
BACA: Murah Rezeki Bella Astillah, Dapat Hadiah Skuter Elektrik
@inayahbeautytrading Korang merajuk macam ara jugak ke?#fyp #bellaastillah #berryfull #gattox #fyp? #fypage #fyp??viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty #founder #founderinayahbeauty #TikTokShopBazarRamadan2024 #TikTokShop
Menurut Bella, sikapnya dengan anak perempuannya itu sangat berbeza. Kata Bella lagi, dia merajuk sekejap sahaja dan mudah dipujuk lebih-lebih lagi jika diberi bunga.
Kata Bella lagi, anak keduanya itu seorang yang sangat garang serta berbeza dengan anak sulungnya, Ayden disifatkan seorang yang lembut hati.
“Saya tak macam tu. Saya seorang yang kalau merajuk sekejap sangat. Say sorry, apatah lagi bagi bunga, Ya Allah..saya akan terus okay.
“Ayden pun macam tu juga. Dia lembut hati. Ara garang sebab dia anak nombor dua kot, sangat garang,” katanya.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan kenyataan Bella itu. Malah, ramai yang mengatakan, Bella seorang yang lembut hati dan disebabkan itu dapat bersabar dengan suaminya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source