Malaysia tak berpeluh, mudah libas China
KUALA LUMPUR: Skuad regu sepak takraw negara memulakan langkah kanan pada kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia 2024 selepas mudah menumbangkan pasukan China dengan kemenangan 15-6, 15-7 di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.
Pasukan negara yang diwakili tekong berpengalaman, Muhammad Syahir Rosdi, Farhan Adam (apit kiri) dan Azlan Alias (apit kanan) ternyata sukar untuk digugat selepas mempamerkan aksi konsisten sebelum merobohkan tembok besar China itu dalam tempoh 30 minit.
China yang diwakili regu terbaik mereka, Wu Haoran, Zhang Ruhou dan Fan Xu gagal untuk menyekat kehebatan pemain negara terutama servis deras Syahir dan rejaman tajam Azlan.
Bagaimanapun, ketua pasukan negara, Farhan Adam enggan terlalu gembira dengan kemenangan pertama pasukannya itu kerana mengakui perjalanan skuad negara masih lagi jauh sekali gus tekad untuk memperbaiki mutu permainan.
“Ini perlawanan pertama pasukan negara dan pada perlawanan tadi kami nak bagi sehabis baik tetapi belum capai 100 peratus.
“Apapun, kami akan tingkatkan mutu perlawanan kami kerana masih perlu perbaiki menjelang perlawanan seterusnya. Apapun, syukur kami berjaya melakar kemenangan pertama pada hari ini,” katanya selepas tamat perlawanan tadi.
Dalam pada itu, Farhan juga menuntut pasukannya tidak leka dengan kemenangan tersebut kerana perlu berhati-hati memandangkan mereka akan berdepan Brunei yang kini dikendalikan bekas jurulatih negara, Abdul Talib Ahmad.
“Brunei adalah pasukan yang kuat kerana kalau semua tahu pasukan tersebut dikendalikan bekas jurulatih negara iaitu Talib dan di situ pasti ada kelebihan buat mereka. Jadi, kami perlu lakukan dengan baik esok,” ujarnya.
Hasil kemenangan tersebut, skuad negara kini mengungguli tangga teratas Kumpulan B dengan dua mata dan akan melengkapkan aksi kumpulan menentang Brunei esok. -KOSMO! ONLINE
habis
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source