Gol lewat permainan julang Selangor FC
PETALING JAYA – Pemain gantian, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau muncul wira Selangor FC apabila meledak gol tunggal perlawanan untuk tewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.
Pada perlawanan ini, penyokong kedua-dua pasukan menzahirkan solidariti kepada Faisal Halim yang kini masih lagi dirawat ekoran disimbah asid oleh individu tidak dikenali.
Sebagai simbolik nombor jersi yang dipakai Faisal, sebaik aksi memasuki minit ke-7, penyokong Red Giants dan KDA FC berdiri sambil menepuk tangan.
Walaupun pelawat dilihat lebih merbahaya dalam setiap gerakan, aspek penguasaan menyaksikan kedua-dua pasukan agak seimbang dan permainan berlangsung perlahan.
Bagaimanapun, Sharul Nazeem Zulpakar yang diletakkan di posisi pertahanan kanan dilihat menjadi pemain paling sibuk untuk mengekang kelincahan dan kepantasan bintang KDA FC, Sony Norde.
Disebalik beberapa gerakan menarik yang dicipta, tuan rumah dipalit masalah kekurangan idea apabila mempersiakan deretan peluang terbaik sekaligus kekal terikat tanpa jaringan sepanjang satu jam permainan.
Minit ke-70, Syafiq Ahmad mencetuskan cemas kepada kem Selangor FC sebaliknya bola sentuhannya sekadar melintasi depan gawang tuan rumah.
Selang empat minit selepas itu, giliran Red Giants kecewa apabila Noor Al-Rawabdeh yang tidak dikawal melakukan rembatan meliar ke arah kiri gawang KDA FC.
Kemasukan kapten Jordan Bawah 23 Tahun (B-23), Reziq Banihani berjaya menambahkan kualiti serangan Selangor FC dan minit ke-85, Aliff Haiqal muncul penyelamat tuan rumah apabila meledak gol kemenangan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source