Aktivis teater Rosminah Tahir meninggal dunia
PETALING JAYA – Aktivis yang juga pengarah teater prolifik, Rosminah Tahir menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun di kediamannya di Keramat, petang tadi.
Berita pemergian Allahyarham Rosminah disahkan sahabat baiknya yang juga penerbit teater, Siti Rohaya Attan.
Bagaimanapun, punca kematian bekas Ketua Jabatan Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Negara (ASWARA) itu belum dapat dipastikan.
Buat masa ini jenazah Allahyarham masih di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan keluarganya sedang menunggu perkembangan lanjut,” kata Rohayah ketika dihubungi Kosmo! Online.
Difahamkan Allahyarham yang cukup dihormati dalam dunia pementasan baru meraikan ulang tahun kelahiran ke-65 pada 13 Mei lalu.
Antara naskhah sentuhannya yang meraih sambutan hangat adalah teater Anugerah pada 1996 disusuli Lantai T Pinkie (1997) serta Malam Haram.
Antara pementasan berskala mega lain direalisasikan Allahyarham adalah Di Bawah Lindungan Kaabah; Muzikal Tun Mahathir, Muzikal Lantai T Pinkie, Muzikal Ibu Zain, Nyonya, Li Po serta Mak Dara Nyonya.
Jenazah Allahyarham Rosminah dijangka dibawa pulang ke kampung halamannya di Muar, Johor, untuk dikebumikan.
Terdahulu berita pemergian Allahyarham dikongsi beberapa rakan seperjuangan termasuk Datuk Fauziah Nawi dan Zulkifli Ismail yang memuat naik hantaran menerusi Facebook. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source