Serangan balai polis: Bapa bangga anak jadi polis, reda terbunuh ketika bertugas
JOHOR BAHRU – Bapa kepada Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi, 22, reda anaknya terkorban ketika sedang bertugas di Balai Polis Ulu Tiram, di sini awal pagi tadi.
Azhar Khaiden, 54, berkata, dia tidak terkilan dengan kerjaya pilihan anak keempat daripada lapan beradik itu malah bangga Ahmad Azza Fahmi memilih untuk menjadi anggota polis.
“Saya reda, percaya Allah telah sebut apabila tiba ajal, nescaya tidak diperlengahkan walau sesaat, kalau kita menangis keluar air mata darah sekalipun, yang pergi tetap pergi.
“Abang dia (Ahmad Azza Fahmi) juga seorang polis berkhidmat di Sabah, manakala adik perempuannya akan menghadiri temu duga menjadi anggota polis, Isnin ini.
“Minta-minta dia akan menggantikan tempat abangnya berkhidmat untuk negara, InshaAllah,” katanya ketika ditemui di luar Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini hari ini.
Tambahnya, dia mendapat maklumat tentang kejadian yang menimpa anaknya itu pada pukul 2.53 pagi sebelum bergegas ke Johor Bahru.
“Saya serahkan perkara ini kepada yang Maha Esa, ada pengadilan di sana, Allahyarham memang anak yang baik.
“Kali terakhir kami bertemu Ramadan lalu, dia luangkan masa cuti bersama keluarga di rumah selama lima hari.
“Dia tidak menunjukkan sebarang perubahan apa-apa, sama seperti biasa. Malam semalam kami berbual seperti biasa dalam WhatsApp, jadi agak terkejut terima berita ini pagi tadi secara tiba-tiba,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source