Projek rintis Dasar Gaji Progresif dibuka kepada lima sektor
PUTRAJAYA – Pelaksanaan projek rintis Dasar Gaji Progresif (DGP) akan dibuka kepada lima sektor bermula pada bulan depan hingga Ogos ini.
Lima sektor terlibat itu antaranya ialah pembinaan, pembuatan, perdagangan borong dan runcit selain pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal.
Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataan berkata, sektor terlibat turut meliputi bidang maklumat dan komunikasi selain aktiviti profesional, saintifik dan teknikal.
“Kenaikan gaji perlu seiring dengan peningkatan tahap kemahiran dan keberhasilan pekerja.
“Syarikat yang menyertai DGP perlu menyediakan dokumen yang mengesahkan bahawa pekerja menghadiri dan melengkapkan kursus dan latihan peningkatan kemahiran sekurang-kurangnya selama 21 jam (tiga hari),” katanya tadi.
Kementerian Sumber Manusia berkata, syarikat yang berminat untuk menyertai DGP boleh mendaftar secara sukarela melalui Portal Dasar Gaji Progresif (https://gajiprogresif.gov.my) mulai semalam.
Katanya, syarikat yang terpilih akan menerima insentif berjumlah maksimum RM200 sebulan bagi setiap pekerja bagi kumpulan peringkat permulaan, manakala maksimum RM300 sebulan bagi setiap pekerja untuk kumpulan bukan peringkat permulaan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source