Doktor pelatih akan segera ditempatkan di hospital daerah – Dr. Dzulkefly
PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan segera menempatkan doktor pelatih ke hospital daerah yang memerlukan.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, beliau sudah memberikan arahan tersebut kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan bagi mengatasi isu kekurangan doktor.
“Saya amat sedar dan insaf dgn keluhan para petugas saban hari dan minggu. Namun ditegaskan, saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan supaya segera menempatkan kembali doktor pelatih ke hospital daerah yang memerlukan,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi hantaran dalam aplikasi X susulan tular satu foto memaparkan papan kenyataan memaklumkan kekurangan doktor yang didakwa berlaku di sebuah hospital di Kulim, Kedah.
Berdasarkan foto tersebut, pihak hospital terbabit meminta maaf kerana masa menunggu pesakit untuk mendapatkan rawatan mengambil masa yang lama sehingga lima jam.
“Doktor kami kerja sampai naik pengsan. Lapan (doktor) sakit masih kerja. Ada yang sudah letak jawatan, pergi swasta.
“Kami ingin berkhidmat untuk rakyat tetapi kami juga manusia, boleh penat dan sakit. Harap tuan-tuan dan puan-puan faham. Minta maaf,” kata kenyataan tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source