Yusof Haslam, Patimah Reda Jika Syamsul Tak Mahu Lagi Balik Rumah
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam dan isterinya, Datin Patimah Ismail reda seandainya anak mereka, Syamsul Yusof tidak lagi pulang ke rumah selepas mendirikan rumah tangga dengan Ira Kazar.
Memetik BH Online, Yusof berkata sebagai orang tua sudah pasti mereka terluka namun tetap mendoakan yang terbaik buat anak sulungnya itu.
BACA: Yusof Haslam Tak Kecil Hati Syamsul Tak Balik Beraya
“Saya dengan isteri sudah reda. Pada peringkat awal, saya tidak nafikan kami terluka. Tetapi, apabila masa berlalu, kami pun sudah tua dan semakin dekatkan diri pada Allah, jaga keluarga dan nikmati hari indah bersama anak cucu. Kenapa kita hendak beratkan otak kita.
“Kita doakan yang baik daripada jauh. Kalau suatu hari, dia (Syamsul) ingat hendak balik kepada kita, Alhamdulillah. Kalau tidak, kami reda,” katanya.
Sementara itu, Yusof berkata tiada rasa benci mahupun dendam terhadap Syamsul sebaliknya sebagai bapa sudah pasti mahu melihat anaknya itu berjaya.
“Tidak ada orang tua yang benci anaknya. Soal dia hendak balik atau tidak, terserah kepada dia. Saya sentiasa doakan apa yang dia buat di luar, walaupun di luar daripada Skop Production, saya sentiasa doakan yang terbaik untuknya.
“Ada orang cakap pada saya yang Syamsul berharap saya akan sokong filem terbaharu arahannya berjudul Original Gangster.
“Saya jawab balik yang saya bukanlah jenis orang yang menyimpan dendam. Saya tetap mahu dia berjaya. Kalau dia berjaya, orang akan cakap dia anak saya. Apapun biarlah masa dan keadaan yang menentukan,” katanya.
SUMBER: BH Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source