Muaz Zabir Terima Ancaman Dilarang Masuk Singapura
Susulan kontroversi menjalinkan hubungan dengan Bella Astillah, pelakon Muaz Zabir berkata dia menerima beberapa ancaman termasuk dilarang masuk ke Singapura.
Memetik HibGlam, Muaz berkata dia menerima ancaman tersebut menerusi mesej di Instagram dan TikTok, namun dia tidak gentar kerana setiap negara tersebut ada undang-undang.
BACA: Muaz Zabir Anggap Aliff Aziz Tak Gentleman
“Saya terima ancaman jangan datang Singapura. Walaupun menerima ancaman saya lihat daripada sudut positif. Insya-Allah, kalau saya dengan niat yang betul, untuk bekerja serta tidak menganggu sesiapa, tiada apa yang akan berlaku.
“Sebab kita ada undang-undang. Jika saya ke sana (Singapura) untuk bekerja apa salahnya, bukan hendak cari gaduh. Sebolehnya saya tidak ingat membabitkan dua negara. Saya sedang cuba meneruskan kehidupan dengan cara yang terbaik,” katanya.
Sementara itu, Muaz berkata tiada keperluan untuk dia mengambil tindakan undang-undang susulan ancaman tersebut namun dia akan berhati-hati walau dimana berada.
“Ancaman memang ada dan jenayah pun sentiasa ada di mana-mana. Tetapi saya tidaklah sampai perlu mengupah pengawal keselamatan atau membuat laporan polis berhubung perkara ini. Saya akan cuba berhati-hati walau di mana sahaja saya berada,” katanya.
Dalam pada itu, Muaz mengakui kontroversi tersebut memberi kesan yang besar dalam kehidupannya serta keluarga.
“Saya tidaklah trauma sampai tidak boleh teruskan kehidupan. Tetapi saya mengaku apa yang berlaku memberi impak yang besar dalam diri saya dan keluarga,” katanya.
SUMBER: Hib Glam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source