Selepas 17 Tahun, Jovian Mandagie Tutup Operasi Dua Jenama
Jenama fesyen terkenal tempatan, Jovian Mandagie memaklumkan akan menutup operasi Jovian Mandagie Couture dan Jovian Ready To Wear (Jovian RTW).
Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!
Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada…
Menerusi perkongsian di Instagram malam tadi, Jovian berkata selepas beroperasi selepas 17 tahun, dua jenama itu akan ditutup dalam tempoh dua minggu akan datang.
BACA: Dah Bercerai, Nina Ismail Sabri Masih Bagi Jovian Kongsi Akaun Netflix
“Selama ini kami telah melancarkan banyak koleksi pakaian dan digunakan oleh berjuta pembeli di Malaysia. Walaubagaimanapun, seiring berjalannya masa, saya menyedari bahawa saya bersedia untuk perubahan, untuk meneroka perkara yang benar-benar mendorong saya.
“Industri fesyen telah berkembang, dan begitu juga saya beralih daripada pereka fesyen kepada ahli perniagaan. Dengan mengambil kira perkara ini, kami telah memutuskan untuk menutup sementara operasi,” katanya.
Dalam pada itu, Jovian turut berkata jenamanya itu mungkin akan kembali lagi suatu hari nanti namun dengan skala yang lebih besar dan lebih baik dari sebelum ini.
“Adakah kami akan kembali? Pastinya kami akan kembali, tapi dengan skala yang lebih besar dan lebih baik, dengan izin tuhan. Teruskan berdoa untuk kami,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source