Sad to win this way but rezeki is rezeki – TMJ
JOHOR BAHRU – “Sedih menang cara begini, rezeki tetap rezeki,” itu respon pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT) selepas disahkan memenangi perlawanan Sumbangsih tanpa bertanding bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah.
Perasaan gembira dalam duka itu dizahirkan Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menerusi hantarannya di laman sosial Intasgram miliknya kerana pasukan Harimau Selatan memenanginya tanpa perlu turun beraksi menentang Selangor FC yang mengambil keputusan tidak hadir pada saat akhir.
“Yang satu lagi, sedih menang cara ini tapi rezeki adalah rezeki. Allah sebaik-baik perancang,” tulis Tunku Mahkota Ismail.
Terdahulu, pasukan The Red Giant nekad mengambil keputusan menarik diri daripada menyertai perlawanan sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.
Selangor FC dalam satu kenyataan menegaskan keselamatan pasukan diutamakan selain memandang serius segala bentuk ancaman dan tidak akan berkompromi dengan sebarang isu berkaitan keselamatan.
Keputusan itu diambil selepas pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menolak permohonan SFC menangguhkan perlawanan itu.
Berikutan itu, Piala Sumbangsih akan terus kekal di bumi Johor apabila MFL memberikan kemenangan ‘walkover’ kepada JDT dengan jaringan 3-0.
Keputusan itu bermakna Harimau Selatan turut diberikan tiga mata bagi perlawanan pertama Liga Super, namun tiada sebarang keputusan lanjut dibuat termasuk hal berkaitan hukuman kepada Selangor FC.
Keputusan itu dibuat skuad Selangor FC memandangkan pemain sayap mereka dan Harimau Malaya, Faisal Halim masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital di Shah Alam akibat disimbah asid, petang Ahad lalu. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source