Ruhainies Mohon Ampun Maaf, Ini Respon Bella Astillah – “Alhamdulillah, Saya Minta Maaf Sebab..”
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tampil memberi respon mengenai permohonan maaf yang diusulkan pelakon Ruhainies susulan kontroversi yang membabitkan mereka, termasuk suaminya, Aliff Aziz.
Maklum Bella, dia hanya mahu memberi fokus terhadap perbicaraan mahkamah dan juga karier seninya yang rancak pada ketika ini.
Alhamdulillah saya okay. Saya minta maaf banyak, sebab sekarang ini saya hendak fokus kepada perbicaraan di mahkamah. Jadi, saya minta doakan yang baik-baik.
Bella juga enggan memberi komen mengenai kekasih Aliff Aziz, Sarah Yasmine dan berkata dia tak tahu apa-apa ‘update’ mengenai wanita itu.
@beautifulnara Tak ada penghujung ek nanti kalau ulas banyak-banyak #trendingnewsmalaysia #sembangentertainment
Saya ketika ini hanya fokus kepada kerja sahaja dan tak tahu ada apa-apa ‘update’ (berhubung hantaran terbaharu Sarah di Instagram). Saya tak ada komen mengenai itu.a
Saya tak ada dapat (perintah mahkamah), tapi segala-galanya bergantung kepada nasihat daripada peguam. Sekarang ini saya fokus kepada kerjaya dan selebihnya akan dibawa ke mahkamah kerana itu yang terbaik.
Terdahulu, Ruhainies tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Bella melalui siaran media dan juga di media sosialnya.
Segala-galanya bermula apabila Ruhainies dan Aliff Aziz ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah di ibu kota sekitar bulan Mac yang lalu.
Bella kemudian dilaporkan telah memfailkan cerai secara ekspres terhadap Aliff Aziz setelah dia dikatakan sudah tidak mampu menerima kecurangan suaminya itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source