Black Hawk sepatutnya tiba April lalu
KLUANG – Penghantaran pertama helikopter Black Hawk Tentera Darat Malaysia (TDM) yang sepatutnya dihantar pada April lalu, akan diuruskan sebagaimana yang disyaratkan dalam kontrak.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jika tiba waktunya pihak kementerian menilai kontrak itu tidak boleh dilaksanakan, pihaknya akan membuat keputusan sama ada batal, buka tender semula dan sebagainya.
“Itu sebabnya dalam kontrak kita mengambil kira bahawa perkara seperti ini memang akan terjadi jadi bila ia betul-betul berlaku, maka kita rujuk kepada kontrak.
“Tapi akan ada satu masa kita akan menganggap bahawa memang betul-betul tak boleh nak dilaksana maka dengan demikian pada ketika itu kita perlu buat keputusan sama ada batal sama ada buka tender semula dan sebagainya,” katanya kepada pemberita dalam lawatan kerja ke Kem Mahkota Kluang di sini hari ini. Hadir sama, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Tengku Mohammad Fauzi Tengku Ibrahim.
Terdahulu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dilaporkan berkata, penghantaran peringkat pertama itu melibatkan sebuah daripada empat helikopter jenis Sikorsky UH-60A+ Black Hawk yang disewakan untuk kegunaan Pasukan Udara Tentera Darat.
Menurutnya, helikopter berkenaan sepatutnya diterima oleh TDM pada November lepas, bagaimanapun susulan beberapa kekangan melibatkan kontraktor dan pengeluar helikopter berkenaan menyebabkan berlaku sedikit kelewatan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source