KPDN rampas 5,000 liter minyak diesel bersubsidi
TEMERLOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Temerloh merampas 5,000 liter minyak diesel bersubsidi dalam satu satu serbuan di sebuah tapak pembinaan di Pamah Kasih di sini semalam.
Ketua Cawangan KPDN Temerloh, Abdul Razak Yahaya berkata, dalam operasi Ops Tiris berkenaan pihaknya menemukan satu tangki minyak yang menyimpan minyak diesel tanpa sebarang surat kebenaran dan tanpa permit menyimpan barang kawalan yang sah.
“Dalam serbuan tersebut, pihak KPDN menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 59 tahun yang disyaki penyelia tapak projek berkenaan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
“Nilai rampasan bagi kes yang terlibat dianggarkan sebanyak RM30,300,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya berdasarkan siasatan awal mendapati minyak diesel yang disimpan tersebut adalah untuk kegunaan jentera di tapak pembinaan tersebut.
Dalam pada itu beliau berkata, KPDN memberi amaran kepada mana-mana individu supaya tidak melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang ditetapkan.
“Bagi pelanggaran undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 hukuman yang dikenakan adalah berat iaitu bagi individu boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali dan bagi syarikat pula boleh didenda sehingga RM2 juta,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source