Datuk Red Macam Tak Percaya Dah Bercerai
Usahawan Datuk Red berkata dia seolah masih tidak percaya sudah berpisah dengan isteri keduanya, Adira Suhaimi pada 24 April lalu.
Memetik mStar Online, Datuk Red berkata dia reda menerima takdir tersebut serta menjaga hubungan baik dengan Adira demi anak-anak mereka.
BACA: Adira Tak Mahu Tuntut Nafkah, Tak Nak Susahkan Datuk Red
“Sejujurnya saya masih di awang-awangan…macam tak percaya. Tapi saya tak nak menaruh harapan takut nanti kecundang lagi.
“Macam sebelum ini saya menaruh harapan sangat apa yang saya impikan itu tidak jadi…saya pujuk pun sudah setahun jadi saya reda saja.
“Saya pun memang ada bercakap dengan Adira macam mana sekali pun, kita tak mahu bergaduh dan tak nak berlaku perkara tak baik,” katanya.
Sementara itu, Datuk Red berkata meksipun selepas bercerai rutin harian untuk meluangkan masa dengan anak-anak tidak berubah apatah lagi mereka belum tahu mengenai perpisahan mereka.
Menurut Datuk Red, apabila Adira bekerja di luar kawasan dia akan ke rumah bekas isterinya itu untuk menjaga anak-anak.
“Saya masih lakukan rutin harian seperti biasa, selang sehari dengan Datin Red, bila giliran rumah Adira saya akan tidur di pejabat saya. Bila Adira kerja luar kawasan, sayalah pula tinggal di rumah dia bersama anak-anak.
“Kami jaga anak bersama macam sebelum ini. Anak-anak pun dapat kasih sayang dari keduanya. Supaya mereka tak tahu ibu bapa mereka sudah berpisah. Dia orang masih kecil lagi, belum masanya untuk beritahu,” katanya.
Terdahulu, rumah tangga Adira dan Datuk Red berakhir 24 April lalu selepas sembilan tahun melayari bahtera perkahwinan. Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata, Anggerik, Asan, Anggun dan Ayob.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source